MUTIARA KATA HARIAN UNTUK RENUNGAN BERSAMA
Isnin, 31 Mei 2010
Rabu, 19 Mei 2010
TAZKIRAH SUBUH (TAFSIR AL QURAN )ISNIN HINGGA JUMAAT
Setiap hari selepas subuh dimasjid ini diadakan tazkirah singkat (kuliah Tafsir Al Quran ).yang disampaikan oleh Uztaz dan Imam Imam Masjid Al Qurtubi sendiri,.ramai juga yang hadir mengikuti nya tapi masaalah nya yang ketara di sini kebanyakkan jemaah nya ialah golongan Warga tua dan Warga emas yang dah pencen ,ya'- yang muda muda mungkin sibuk mengejar waktu ke tempat kerja..beginilah keadaan nya setiap pagi...saya mengucapkan Syabas kepada warga emas jemaah Masjid Al Qurtubi...anda tidak mensiasia kan usia tua anda..kita yang muda muda ni berusaha lah melapangkan masa bersama mereka. semoga kita semua dirahmati dan mendapat petunjuk dari Allah. amin
Sabtu, 8 Mei 2010
Khamis, 6 Mei 2010
KEHORMATAN MASJID
Masjid adalah tempat yang mulia dan tempat beribadat orang-orang Islam. Hanya perkara-perkara ibadat seperti bersembahyang, beriktikaf, majlis ilmu dan lain-lain perkara ibadat dan ketaatan yang boleh dilakukan di dalamnya. Oleh kerana masjid merupakan tempat ibadat maka perlulah ia dijaga terutama dari sudut kebersihan dan ketertiban.Bahkan dilarang masjid dicemari dengan bau busuk sebagaimana sabda baginda rasulullah s.a.w. dengan maksudnya:" Bahawa masjid ini tidak boleh dicemari oleh najis (al-bawl) dan kekotoran, kerana ia adalah tempat untuk berzikir kepada allah dan membawa Al-Quran " (Muslim). ni adalah bersesuaian dengan firman allah s.w.t.di dalam surah at-taubah, ayat 28 yang bermaksud : " Wahai orang-orang musyrik itu adalah najis maka jangan kamu benarkan mereka menghampiri Masjid Al-Haram".Daripada ayant ini sesetengah ulama memahami bahawa orang-orang musyrik tidak dibenarkan masuk ke dalam masjid kerana keadaan mereka yang tidak bersih sebagaimana orang-orang perempuan yang haid tidak dibenarkan berada di dalam masjid.Sungguh pun keadaan masjid itu dianjurkan supaya dijaga kebersihannya, namun tidaklah pula digalakkan menghiasinya secara berlebih-lebihan sehingga menimbulkan perasaan riak dan takabur.Sabda rasulullah s.a.w. daripada Anas yang bermaksud:"Tidak akan berlaku kiamat sehingga masjid-masjid iti dihiasi untuk menunjuk-nunjuk"(Ahmad,Abu Daud dan An-Nasa'i). Sabda Nabi seterusnya daripada Ibnu Abbas yang bermaksud :" Aku tidak suruh meninggikan binaan masjid lebih daripada keperluan sebagaimana orang-orang Yahudi dan Nasrani menghiasi tempat-tempat ibadat mereka"(Abu Daud).Begitu juga dilarang di dalam masjid berlaku pergaduhan dan menggikan suara.Sebagaimana firman allah s.w.t.di dalam surah al-baqarah, ayat 191 yang bermaksud:" Janganlah kamu memerangi orang-orang kafir di dalam Masjid al-Haram sehingga kamu diperangi." Begitu juga di dalam surah al-Hujurat, ayat 2 yang bermaksud :" Dan janganlah kamu meninggikan suaramu lebih dari suara Nabi." Dalam hubungan ini rasulullah s.a.w. bersabda daripada Abu Sa'id al-Khudri yang bermaksud:" Nabi Muhammad s.a.w. beriktiraf di dalam masjid maka terdengar oleh Baginda suara kuat membaca al-quran, maka baginda pun menyelak tirai tempat iktirafnya sambil bersabda: "Tidakkah kamu semua sedang bermunajat kepada allah s.w.t., maka oleh itu janganlah menyakiti sesama kamu dan janganlah meninggikan bacaan al-quran sesama kamu"(Abu Daud, Al-Nasa'i,Al-Baihaqi dan Al-Hakim). Di samping itu tidak boleh melakukan perkara maksiat, manaburkan fitnah,memuji pemerintah yang zalim dan perbuatan keduniaan seperti berjual beli di dalam masjid.Namun begitu diharuskan bercakap mengenai perkara-perkara yang mudah yang berkaitan dengan urusan keduniaan di dalam masjid termasuk ketawa yang ringan.Begitu juga harus makan dan minum di dalam masjid dengan syarat tidak sampai mengotorkannya. Tiada Larangan Mengerjakan Ibadat Di Dalam Masjid Perkara-perkara yang boleh menegah orang islam beribadat dan melakukan perkara ketaatan di dalamnya adalah dilarang oleh al-quran sebagaimana firman allah s.w.t., di dalam surah al-baqarah, ayat 114 yang bermaksud:"Dan siapakah yang terlebih aniaya daripada orang menhalang menyebut nama allah dalam masjid-masjidnya dan berusaha untuk meobohkannya?".Mengikut Imam Al-Qurtubi, ayat di atas memberitahu bahawa tidak boleh melarang sesiapapun daripada melakukan ibadat di dalam masjid dan meruntuhkan masjid.Dalam hubungan meruntuhkan masjid,terdapat dua makna: (i) Meruntuhkan masjid secara fizikal sebagaimana orang-orang Nasrani meruntuhkan Masjid Al-Aqsa (atau sebagaimana pada masa kini seperti Masjid Babri diruntuhkan oleh pelampau Hindu di India). (ii) Meruntuhkan masjid dalam ertikata menghalang daripada melakukan ibadat sembahyang dan menzahirkan syiar islam melalui masjid (seperti laungan azan). Termasuk di dalam hukum meruntuhkan masjid selain mewujudkan perpecahan di kalangan masyarakat islam ialah membina dua masjid di satu tempat kediaman atau sebuah masjid mempunyai dua imam atau di dalam masjid itu terdapat du jamaah yang sedang bersembahyang. Oleh yang demikian menjadi kewajipan ke atas pemerintah atau imam supaya perkara-perkara diatas tidak berlaku agar perpaduan umat islam dan kesucian serta kehormatan masjid terjaga. Pentadbiran Masjid Sejarah menunjukkan bahawa masjid-masjid yang dibina di zaman awal islam terletak di bawah pengawasan pemerintah islam.Contohnya Kota Mekah yang terdapat Masjidil Haram.Bahkan al-quran melarang Masjid al-haram itu diuruskan oleh orang-orang musyrik sebagaimana firman allah di dalam surah al-taubah,ayat 17 yang bermaksud: " Tidaklah layak bagi orang-orang musyrik untuk memakmurkan Masjid al-haram sedangkan mereka menyatakan kekufuran mereka". Oleh kerana masjia merupakan pusat kegiatan umat islam maka ia seharusnya diuruskan oleh pemerintah terutama dalam konteks mendirikan sembahyang jumaat.Sesetengah ulama menyatakan keharusan mendirikan sembahyang jumaat hanyalah dengan izin pemerintah.Begitu juga pemerintah boleh mengarahkan sesuatu masjid itu diruntuhkan sekiranya ia dibina di atas dasar dirar dan memudaratkan perpaduan umat islam sebagaimana di dalam peristiwa masjid dirar yang disebutkan di dalam al-quran. Kesalahan-kesalahan Mengenai Masjid Terdapat beberapa kesalahan mengenai masjid yang boleh dihukum di bawah undang-undang antaranya ialah: (1) Menghina, membantah, tidak patuh dan mempertikaikan perintah atau arahan Yang Dipertuan Agong, Majlis dan Mufi (seksyen 9 Akta kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 - Akta 559). Perintah atau arahan di sini boleh ditafsirkan secara meluas untuk mencakupi segala arahan dan peraturan yang telah ditetapkan mengenai masjid.Jika didapati bersalah di atas pertuduhan di bawah seksyen di atas boleh dihukm denda tidak melebihi RM3,000 atau hukuman penjara selama tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. (2) Memusnahkan, mengotorkan dan merosakkan masjid atau surau atau lain-lain tempat ibadat atau apa-apa peralatannya dengan niat untuk menghina dan merendahkan agama islam (seksyen 32 Akta 559). Peruntukan undang-undang ini bermakna perbuatan memusnahkan,mengotor dan merosakkan masjid atau surau atau peralatannya mestilah dengan niat untuk menghina agama islam.Adalah memadai jika perbuatan memusnah,mengotor dan merosak itu sahaja dianggap sebagai satu kesalahan tanpa perlu kepada niat lagi untuk dianggap sebagai sati kesalahan di bawah seksyen ini.Namun jika didapati bersalah di bawah seksyen tersebut seseorang itu boleh dihukum denda tidak melebihi RM3,000 atau hukuman penjara tidak melebihi dua tahun penjara atau kedua-duanya. (3) Menghasut supaya tidak melakukan kewajipan agama seperti hadir ke masjid atau pengajian agama atau upacara agama (seksyen 17 (1) Akta 559). Jika dalam konteks masjid,adalah menjadi satu kesalahan untuk menghalang seseorang untuk hadir ke masjid mengikut undang-undang.Jika didapati bersalah di bawah seksyen ini maka seseorang itu boleh dihukum denda tidak melebihi RM1,000 atau hukuman penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. Daripada perbincangan di atas boleh disimpulkan bahawa pentadbiran masjid seharusnya diletakkan di bawah pengawasan kerana masjid merupakan tempat beribadat orang-orang islam yang harus dijaga dari dicemari oleh unsur-unsur negatif.Perkara ini adalah selaras dengan kehendak al-quran,al-sunnah dan bukti sejarah yang menunjukkan bahawa masjid itu suatu kehormatan umat islam yang wajib dijaga dan diawasi sentiasa. Petikan Dari : Sinar Rohani, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. |
Persoalan adakah Orang Kafir Tak Boleh Masuk Masjid ?
Dipetik dari blog Ustazah Maznah)
Soalan:
Salam Ustazah,
Mohon jelaskan hukum non muslim memasuki masjid dengan lebih mendalam.
Syukran jazila.
Syukran jazila.
Jawapan:
Salam.
Persoalan ini telah dibahaskan oleh ulamak ketika mentafsirkan ayat 28 surah at-Taubah.
Allah s.w.t. telah berfirman:
Allah s.w.t. telah berfirman:
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِنَّمَا ٱلۡمُشۡرِكُونَ نَجَسٌ۬ فَلَا يَقۡرَبُواْ ٱلۡمَسۡجِدَ ٱلۡحَرَامَ بَعۡدَ عَامِهِمۡ هَـٰذَاۚ وَإِنۡ خِفۡتُمۡ عَيۡلَةً۬ فَسَوۡفَ يُغۡنِيكُمُ ٱللَّهُ مِن فَضۡلِهِۦۤ إِن شَآءَۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ حَڪِيمٌ۬
Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya orang-orang kafir musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjidilharam sesudah tahun ini dan jika kamu bimbangkan kepapaan, maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dari limpah kurniaNya, jika Dia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (At-Taubah:28)

Ayat ini mengandungi beberapa persoalan.
Pertama : Orang-orang musyrik itu najis. Apakah yang dimaksudkan dengan najis di sini adalah tubuh badan mereka?
Di dalam tafsirnya Ibn Kathir berkata bahawa menurut jumhur (majority) ulamak tubuh badan mereka tidak najis. Dalilnya ialah Allah s.w.t. menghalalkan orang Islam makan makanan Ahli Kitab. Sebahagian ulamak dari kalangan mazhab az-Zohiri berpendapat tubuh badan mereka adalah najis. Asy’ath melaporkan al-Hasan al-Basri berkata sesiapa yang berjabat tangan dengan musyrikin,hendaklah dia mengambil wuduk selepas itu.

Al-Qurtubi, di dalam tafsirnya al-Jami’ li-Ahkam al-Quran melaporkan bahawa Ibn ‘Abbas r.a. berkata yang najis itu kesyirikan yang menjadi pegangannya, bukan tubuh badannya.
Kedua: Larangan keatas mereka menghampiri Masjid al-Haram. Sehubungan dengan larangan ini, al-Qurtubi telah membincangkan beberapa isu:
i. Maksud Masjid al-Haram. Yang dimaksudkan dengan Masjid al-Haram adalah seluruh tanah haram. Belaiu telah menyebutkan pendapat ‘Ato’ bahawa orang musyrik diharamkan memasuki tanah haram seluruhnya. Apabila mereka datang sebagai utusan, mereka hendaklah menunggu di luar dan pemimpin Islam (sekiranya bertapak di dalam kawasan tanah haram) mesti keluar menemui mereka dan mendengar apa yang mereka bawa. Sekiranya mereka menyusup masuk, kemudian mati, hendaklah digali kurburnya dan dikeluarkan tulang-tulangnya. Tidak halal bagi mereka sama ada bermastautin atau lalu larang di dalam kawasan tanah haram Mekah.
adapun Semenanjung Arab yang tidak termasuk kawasan tanah haram, maka Imam Malik dan asy-Syafi’e berkata mereka tidak boleh tinggal di dalamnya tetapi tidak dilarang dari memasukinya sebagai musafir.
adapun Semenanjung Arab yang tidak termasuk kawasan tanah haram, maka Imam Malik dan asy-Syafi’e berkata mereka tidak boleh tinggal di dalamnya tetapi tidak dilarang dari memasukinya sebagai musafir.
ii. Hukum orang kafir memasuki masjid, sama ada Masjid al-Haram atau lain-lain. Imam al-Qurtubi telah mengemukakan lima pandangan ulamak mengenainya:
a. Pendapat Ahli Madinah: Larangan yang disebut di dalam ayat ini merangkumi semua golongan musyrik dan semua masjid. Dalil mereka adalah:
- Surat yang ditulis oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz kepada gabenornya. Di dalam surat itu turut dimasukkan ayat ini (At-Taubah:28)
- Firman Allah yang bermaksud “(Nur hidayat petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya terutama sekali) di rumah-rumah ibadat yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang.” (An-Nur:36). Masuknya orang kafir ke dalam masjid adalah bertentangan dengan suruhan memuliakannya.
- Hadis yang terdapat di dalam Sahih Muslim dan lainnya bermaksud: “Sesungguhnya masjid ini tidak selayaknya ada kencing dan sebarang kekotoran” , sedangkan orang kafir tidak terlepas daripadanya.
- Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: “Tidak dihalalkan masjid untuk orang haid dan junub”, sedangkan orang kafir berjunub.
- Firman Allah di dalam ayat di atas yang bermaksud: (Sesungguhnya orang-orang musyrik itu najis). Allah telah menyatakan mereka adalah najis. Najis di sini sama ada diri mereka atau mereka tidak mengamalkan hukum bersuci. Walau apapun maknanya, menghalang mereka dari memasuki masjid adalah wajib kerana illah najis itu ada pada mereka dan kehormatan masjid tidak boleh diabaikan.
b. Imam asy-Syafi’ei berkata: orang musyrik yang disebut di dalam ayat ini merangkumi semua golongan kafir, manakala masjid pula adalah khusus kepada Masjid al-Haram. Oleh itu mereka tidak dilarang memasuki masjid-masjid yang lain daripadanya.
c. Abu Hanifah dan sahabat-sahabatnya berkata orang Yahudi dan Nasrani tidak dilarang dari memasuki Masjid al-Haram dan lain-lain. Yang dilarang dari memasuki Masjid al-Haram hanyalah musyrik penyembah berhala sahaja.
d. Al-Kiya at-Tobariy berkata menurut Imam Abu Hanifah, orang zimmi harus memasuki semua masjid tanpa keperluan (hajat), sedangkan Imam asy-Syafi’ei berkata keharusan adalah mengikut keperluan. Sungguhpun begitu Masjid al-Haram tetap tidak harus bagi mereka memasukinya walaupun ada hajat.
e. Pendapat ‘Ato’ bin Rabah: Seluruh tanah haram adalah qiblat dan masjid, maka tidak harus bagi mereka memasuki seluruh tanah haram berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Al-Isra’:1). Di dalam ayat ini Allah menyatakan Nabi di bawa dari Masjid al-Haram, sedangkan baginda diangkat dari rumah Ummu Hani. Ini menunjukkan seluruh tanah haram adalah masjid.

Langgan:
Catatan (Atom)